Sunday 2 June 2013

menyemai benih nangka belanda..












assalam..
kenal x anak pokok ni... inilah pokok buah nangka belanda.setengah org kata durian belanda @ graviola. apa pun namanya yg pasti buah ini amat besar khasiatnya. saya ada terbaca dlm fb baru2 ni....

Diantara khasiat penting yang terdapat pada DURIAN BELANDA (GRAVIOLA)
kaya dengan Acetogenin yang membantu menyerang dan membunuh sel sel kanser secara efektif dan semulajadi, dan secara selektif tanpa menyerang sel sel baik lain di dalam badan, dan menurut kajian saintis perubatan , ianya adalah AGEN ANTI SEL KANSER 10000x lebih baik daripada rawatan Kemoterapi* (bukan propa atau auta semata,untuk rujukan, lawati artikel yang mengesahkan ini dari internet, just google search ‘graviola anti cancer’ dan anda akan menjumpai banyak artikel mengenai perkara ini

berbalik kpd anak pokok ni sebenarya saya semai melalui biji buah ni yg saya kumpul dan simpan dalam bekas yg mengandungi air. benda ni sy blajar dr maid indon saya yg dulu. kataya kalau mau tanam apa2 biji benih lebih baik rendam 2/3 hari trlebih dulu. sya pun ikut la petuanya sbb sepanjang dia keja ngn sya dulu bnyk jgk la hasil tanaman nya yg sempat kami nikmati sekeluarga.

lps rendam tu sya cmpak  atas tanah bersebelahan pokok kunyit. rupa2nya berhasil jgk. dlm x sedar tumbuh la beberapa anak pokok graviola. wah...ini sdh bgus. hr ni bukan snang nak dpt buah ni di pasar. kalau di kampung2 mungkin masih ada.

buah ni sebenarnya selain dimkn bgtu sj boleh jg dibuat jus. biasa sya suka jdkan ala2 dessert..caranya campur susu cair ngn sirap sos. sejukkan dlm peti ais. mmm...mmg sdp.

Saturday 1 June 2013

mee rebus utk "awai"



resepi yg diambil dari CMG..sgt sedap..


hari ni pagi2 lg sdh menyiapkan bahan2 utk memasak mee rebus pulak. semalam buat cucur udang...pagi td buat lg cucur pisang berangan. minggu ni rajin sikit ke dapur. msk dari pg bawa ke ptg...smbug lg malam kalau x kepenatan. bukan apa...sekadar menjamu anak lelaki ku yg akan  sambung blajar.. kesian dia..ini lah kali pertama berpisah jauh. sebelum ni walaupun tinggal berjauhan tp saya dan suami akan pulang ke tawau setiap hujung minggu. mungkin awai ok ja..mamak nya yg lbih2..uhu..uhu..biasala org tua...kalau gembira pun  nangis..apa lg kalau sdih.....


meriahnya sambutan hari guru 2013 sks4 ...

cerita yg terlewat lg.... maklumlah masih yg banyak benda yg perlu didahulukan. alhmdulilah petang ni sempat mencuri sedikit masa sambil menunggu anak bujang ku membelikan minyak masak. konon2 mau buat cucur udang utk minum petang..alahai stok minyak masak rupanya tiggal sedikit. 
berbalik kpd cerita hari guru sks4 yg disambut pada 23hb. mei lalu.(.kebetulan 16hb mei  adalah  peperiksaan sem 1). kami semua cukup bergumbira dan teruja dgn sambutan kali ni. tiada acara formal. semuanya santai dan  penuh dgn tawa ria guru dan md2 sks4. sambutan dibuat dipadang sekolah yg begitu indah berlatar belakangkan pantai sahabat dan teduhan pokok sena...
Kpd para penyumbang hadiah ,hamper, jamuan, kambing..kek..dll saya bg pihak warga sekolah merakamkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga...kami gr2 sks4 rasa terharu dengan ingatan dr anda semua.

inilah suasana sekitar sambutan hari guru sks4 2013 yg sempat saya rakamkan....namun agar kecewa sb aktvt sukaneka x sempat ambil...

cenderahati dari kelab guru

hadiah cabutan bertuah



berkumpul sebelum acara bermula..


pengerusi kelab guru 2013...org kuat ni.. 


bergambar sebagai kenang2an di sks4

aktivt senamrobik bersama murid2


nyaanyian yg sungguh menarik dari md2 thn 3.. sungguh menghiburkan

yg ni pula antara hadiah yg saya terima sempena hr guru 2013...syukran



apa2 pun tahniah kpd semua warga sks4 yg tlh bersama2 mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit bg menjaya kan smbutan kali ini. terbaikkk.









.

Friday 17 May 2013

alhamdulillah....

ku panjatkan syukur utk kesekian kalinya kpd Mu ya Allah kerana anugerah dan rahmat Mu utk kami sekeluarga. sesungguhnya Engkaulah yg maha pemberi rezki dan rahmat kpd hambaMu yang Engkau kehendaki. dugaan dan cabaran yg datang silih berganti rupa2nya terselit rahmat Mu yg tidak pernah putus. Kpd anak2 ku....mudah2an  semua tabah dlm menempuh cabaran yg mendatang dan dpt meneruskan kehidupan yg terbaik serta dalam  redha dan kasih sayang Allah... 

kpd anakku Khairil Anwar... bersiap sedialah utk langkah mu yg seterusnya. perjalanan mu masih panjang....


masa berlalu begitu pantas...


2006 - kanak-kanak riang..




kini 2013.....
ohsoo ku yg semakin meningkat dewasa...moga segalanya diperrmudahkan..



Wednesday 15 May 2013

mengenang jasa guru..16hbmei2013








pagi2 lg....sesampai ja bilik guru tiba2 terpandang sekeping kad ucapan warna biru...terharu nya aku..rupa2nya dari murid ku tahun satu....kad ucapan hari guru yg pertama aku terima dari muridku utk thn 2013. terima kasih anak muridku atas ingatan dan penghargaan mu walau pun kau masih kecil tp aku percaya ianya ikhlas dari hati sanubari mu...moga2 aku masih mampu meneruskan kerjaya suci ini dan dapat mendidik anak bangsaku hingga kehujung perkhidmatan ku yg bersisa tidak sampai 6 thn lg.

moga langkah mu dipermudahkan....

kali ini giliran anak lelaki ku pula mencuba nasib....dpt panggilan temuga di uitm (27 apr yg lalu). kesian dia semua serba kelam kabut. dpt makbapa yg bekerja jauh dari rumah. memang agak sukar sebenarnya. tp syukur lah..semua dpt diselesaikan dgn bntuan anak perempuanku serta suaminya. maklumlah umur dah agak senja ni kdng2 liat sikit mau brfikir.

kini hnya menunggu keputusan. kalau ada rezkinya pasti x kemana.. mama doakan awai dipermudahkan segala urusan. amin ya rabbal "alamin.
ujian fizikal uitm kk

Monday 12 November 2012

bila hati sudah tertawan...

taraaaaaaaa....

biar buruk ke..jelek ke... usang ke... bila hati sudah suka..semua tolak tepi. inilah jd nya. dalam aku sibuk belek2 hrta karun kedai 'c nyonya' tiba2 dia tunjuk benda ni." ini balang lama jgk ooo mrs....manyak cantik ooo" bgtu lah dia menggoda aku.
al kisah maka akupun terpedaya. dlm berfikir...berfungsi ke lg benda ni???? beli ke tidak..beli...tidak....akhirnya ku hangkut jgk bnda ni. tawakkal je lah.. kalau rosak  uhu...uhu...menyesal aku. jd barang 'mainan' adam lah jwbnya.
smpai rumah bnda ni dulu lah aku selongkar.. berebut2 anak2 nak tengok. brang buruk apa lg yg mmk nya bwa balik kali ni.tau apa jadiiii............saber...saber...nnt malam kita sambung ya. hari ni sibuk sikit. lps msk nnt nak p hantar adam belajar mengaji di albaghdadi learning cntre.. assalamualaikum!!!